Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca.
Firman Allah S.W.T :“Dan KAMI jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup”
(Surah Al-Anbia, ayat 30 )
Maha Suci Allah yang telah mencipta
mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling
setia dan amat peka sekali dalam menjalankan perintah Tuhannya!
Di dalam Al-Quran ada menyatakan
peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya
28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kunci kepada rahsia air ini.
Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA adalah kerana
rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di
dalam kandungan air semata-mata?
Air diperakui oleh saintis sedunia
sebagai alat perakam terbaik. Air sebenarnya boleh merakam setiap bunyi
gema getaran yang dihadirkan kepadanya dengan baik termasuk dengan
kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah
keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata.
Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga
dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan
dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat
kita? Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun begitu, struktur
ini dapat menghasilkan tindak balas yang kompleks. Air terdiri daripada
satu atom oksigen dan dua atom hidrogen.
Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru
Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan
tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu
didoakan mengikut tradisi agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C
di makmal, kemudian ia diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan
kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal
segi enam yang indah.
Ujikaji diulangi dengan membacakan kata,
“Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi.
Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan
tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang
sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “syaitan”, maka molekul air berbentuk
buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk
bunga. Ketika muzik heavy metal diperdengarkan, molekul kristal air itu
terus hancur. Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan “peace”
di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang
dengan indahnya. Dan ketika diuji dengan dibacakan doa Islam, kristal
bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah!
Semasa di suatu seminar yang
rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emoto menunjukkan
beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau
menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal
yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya kepada
hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya
seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “Itu molekul
air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk dan berkata
“Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak
tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”. Dr. Emoto akhirnya
mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin,
Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New
York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu.
Ternyata air boleh ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh
“mengerti” pesanan.
Di dalam bukunya iaitu “The Hidden
Message in Water”, Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air mempunyai
sifat yang boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact
disk. Semakin kuat konsentrasi yang diberikan oleh pemberi pesanan
(contoh pembaca doa perubatan menggunakan air) maka akan semakin kuat
dan berkesan rakaman yang dirakamkan pada molekul air berkenaan. Maka
air itu boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain.
Penemuan ini menjelaskan air putih yang
didoakan mampu menyembuhkan penyakit mengikut bacaan dan niat. Air
berkemampuan untuk menangkap pesanan dan niat doa untuk penyembuhan
penyakit lalu dipindahkan pesanan dan niat itu kepada molekul air yang
ada dalam badan pesakit itu contohnya kepada molekul cecair darah. Tubuh
manusia terdiri daripada 75% air. Otak mempunyai 74.5% air, Darah 82%
air. Tulang yang keras pun mengandungi 22% air.
Rasulullah saw, bersabda, ”ZamZam Lima
Syuriba Lahu,” maksudnya Air zam zam akan melaksanakan pesanan dan niat
orang yang meminumnya. Barang siapa yang meminumnya untuk merasa
kenyang, dia akan berasa kenyang. Barang siapa yang meminumnya dengan
niat untuk penyembuhan, InsyaAllah dia akan sembuh.
Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di
salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang
air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan
diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh
digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang
sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air
Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam
sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada
kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi
tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah,
ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang
diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari
Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau
ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah
ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang
sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.
Rahsia kehebatan air begitu terserlah
apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk
Kaabah ada terkandung rahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air
Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara
gema gelombang, penyerahan yang harus diniatkan dan sebaliknya bukan
niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur
dan sebagainya. Betapa ramai yang telah kita dengari akan jemaah yang
tersesat daripada dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang
tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat
yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan
permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikkan segala niat
kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!
Hanya mereka yang benar-benar ingin
mengambil tahu dan mempercayai tanpa ragu akan rahsia kehebatan air zam
zam ini sahajalah yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air
zam zam ini.
Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar
ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan
air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan
tawaf 7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonan
(pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu
terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta
Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening,
tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak
kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.
Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad
ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut. Majalah Medical
Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa saintis mendapati
apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta
sperma berenang ke arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum
hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan
pun terjadi maka samalah dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu
apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan dosa akan
terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu
bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha
Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam
yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja kerana “alam
pada diri manusia” itu jauh lebih besar dan memegang segala rahsia
luaran dan dalaman.
Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya
merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk sambil membaca
niat, mandi wajib berniat dan sebagainya. Setiap tempat yang sudah pun
Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah “musibah” yang
“berbunyi” umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk
menyerap/seimbangkan semula gema/getaran kepada tahap tenaga asal
tempat-tempat itu. Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha
Penyayang menghantar suatu “Isyarat” agar jangan kita “terbuai dan
terhanyut jauh” oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalanNya!
Apabila kita renungkan berpuluh-puluh
ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya
selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda
mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan
sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah
agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air wuduk 5
kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang Al-Quran.
Persetubuhan, suami isteri wajib mandi
wajib. Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Setelah
matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh itu kita mestilah menghormati
air. Jaga kebersihan dan jaga adab–adab serta jangan membazir. Seorang
ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian
kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis.
Adakah anda tahu 60-70% daripada badan
manusia terdiri daripada unsur cecair (air)? Cuba anda bayangkan bentuk
molekul air dalam badan anda jika anda membuat sesuatu perkara yang
positif atau negatif? Dan setiap perkara pasti ada kesannya maka apakah
kesannya pula terhadap diri anda jika anda membuat sesuatu perkara yang
positif atau negatif? Muhasabah dirilah kita bersama-sama.
Menurut Ustaz Zamri, jika kita melakukan
atau mendengar perkara-perkara yg tidak berfaedah dan negatif molekul
air dalam badan kita berubah menjadi sesuatu yang ‘tidak cantik’. Apakan
akan terjadi dengan rohani dan jiwa kita? Jiwa kita juga kacau seperti
molekul air itu, rasa tidak tenang. Jika kita mengalunkan zikrullah,
membaca Al-quran, berfikiran positif dan membuat kerja-kerja yang
diredhai oleh Allah, insyaAllah rohani dan jiwa kita menjadi tenang
seperti molekul air zam-zam yang cantik dan berkilau yang telah
dibuktikan melalui bacaan ayat suci alquran yang dijalankan oleh Dr.
Masaru Emoto dari Universiti Yokohama . Wallahua’lam..
0 comments:
Post a Comment